30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura akhir bulan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura akhir bulan ini.

Manakala Presiden Singapura, Halimah Yacob akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada Mac.

Ini merupakan lawatan rasmi kedua buat Anwar sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu dipersetujui dalam pertemuan bersama rakan sejawatannya, Vivian Balakrishnan yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dari 15 hingga 18 Januari ini.

Advertisements

Zambry berkata, turut dibincangkan ialah pengukuhan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura, di samping meneroka kolaborasi menang-menang dalam beberapa isu tertunggak

“Kami turut komited untuk meneruskan penglibatan positif melalui mekanisme dua hala sedia ada dan menekankan penyelesaian isu secara harmoni dan mencari penyelesaian terbaik bagi memelihara hubungan baik Malaysia-Singapura,” katanya.

Ujar Zambry, pertemuan ini mencerminkan hubungan yang telah lama terjalin serta usaha-usaha berterusan bagi mengukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara di bawah Kerajaan Perpaduan yang baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan