24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

TMJ cabar namakan individu lain beri sumbangan bola sepak negara

Tunku Ismail turut menyenaraikan 10 pengorbanan yang sudah dilakukan terhadap bola sepak negara selama berkecimpung dalam sukan nombor satu itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencabar mana-mana pihak atau individu agar menyatakan nama lain yang memberikan banyak sumbangan kepada bola sepak negara sepertimana dilakukan beliau.

Cabaran itu dinyatakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Beliau turut meminta pihak berkenaan menyatakan pemimpin kelab yang memberikan sumbangan besar kepada pembangunan bola sepak negara.

Menerusi kenyataannya itu, Tunku Ismail turut menyenaraikan 10 pengorbanan yang sudah dilakukan terhadap bola sepak negara selama berkecimpung dalam sukan nombor satu itu.

“JDT menyumbang 16 mata AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) MA Ranking-lebih slot untuk kepada pasukan-pasukan Liga Super ke peringkat Asia.

Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa)-kedudukan 154 ke 146.

“JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Pasir Gudang, Johor untuk tujuan latihan serta perlawanan persahabatan pada tahun 2021.

Advertisements

“Menaja RM1.4 juta-menanam rumput Zeon Zoysia di SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil)-bermula Mac 2023. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan penting pasukan kebangsaan,” katanya.

Selain itu, Tunku Ismail turut menyatakan beliau pernah menghadiahkan bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.

“Merombak dan mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM,” katanya.

Tunku Ismail juga mendedahkan beliau antara yang bertanggungjawab mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM daripada RM6.5 juta kepada RM1.4 juta dengan membayarnya menggunakan duit poket sendiri.

Sebelum ini pelbagai pihak dilihat mempertikai tindakan JDT tidak melepaskan para pemainnya untuk beraksi di pentas Piala AFF yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan para pemainnya dapat berehat selepas Liga Malaysia berakhir manakala Piala AFF pula bukanlah kejohanan yang di bawah FIFA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan