27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemulihan bekalan air ke 4 daerah lebih 50 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGURUSAN Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan setakat jam 6 pagi ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat lebih 50 peratus.

Air Selangor menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, Sepang mencatat peratus pemulihan bekalan air sebanyak 51 peratus, Hulu Langat 83 peratus, dan Petaling 54 peratus, serta Kuala Langat 93 peratus.

“Bekalan air di empat daerah yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi disalur secara berperingkat bermula Ahad,” katanya.

Menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor berharap agar pengguna yang mendapat bekalan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan lain berjalan seperti dijadualkan,”katanya.

Pada Sabtu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan