27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bantuan segera RM800 juta atasi masalah air di Kelantan, Sabah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan segera sebanyak RM800 juta bagi membantu mengatasi masalah bekalan air Kelantan dan Sabah.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan sebahagian daripada kos keseluruhan mencecah RM5 billion yang diperuntukkan kerajaan bagi mereformasi model industri air di seluruh negara agar lebih mampan dan holistik.

Ujar Anwar, ini berikutan isu berhubung kait dengan air tidak berhasil (NRW) masih membelenggu beberapa negeri yang menjadi cabaran dalam penyediaan bekalan air yang sewajarnya. 

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan telah memberi komitmen untuk membiayai projek tebatan banjir dengan kos mencecah hampir RM22 bilion.

Advertisements

“Keperluan peruntukan yang begitu besar bagi mengatasi masalah rakyat ini memberikan kewajaran untuk kerajaan menguruskan isu air dan banjir secara holistik dan bersepadu.

“Kerajaan juga akan terus meneroka kawasan yang bersesuaian bagi pengekstrakan sumber air bawah tanah dengan membina lebih banyak telaga tiub dan pembinaan empangan bawah tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 2021-2025 di Parlimen, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, usaha untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai akan dapat memastikan keterjaminan bekalan air bersih dan selamat kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Sektor Air 2040. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan