25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Cabaran besar Thailand menanti Harimau Muda esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Muda mampu melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 sekiranya mampu melepasi cabaran besar Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, esok.

Menyedari peluang seimbang 50-50 antara kedua-dua pasukan, anak buah E. Elavarasan perlu meningkatkan ketajaman di depan gawang jika enggan berputih mata terlepas slot ke Qatar.

Ini kerana hanya juara setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak secara automatik ke Piala Asia B-23 dengan aksi menentang pasukan pasukan terbawah peringkat kumpulan tidak diambil kira.

Pertahanan muda negara, V. Ruventhiran berkata, aksi menentang Thailand merupakan ujian sebenar Harimau Muda dalam aksi kelayakan kali ini.

“Kami telah lakukan tugasan dengan baik dalam dua perlawanan pertama. Itu seperti perlawanan persediaan dan kami fikir ini merupakan perlawanan yang penting kepada kami.

“Derbi yang besar. Jadi kami mahu menang perlawanan ini dan kita akan lihat bagaimana persiapan jurulatih untuk perlawanan esok,” katanya menerusi video yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Advertisements

Skuad muda negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok dengan merekodkan dua kemenangan dalam aksi kumpulan H.

Anak buah Elavarasan menang 2-0 ke atas pasukan liat, Bangladesh sebelum membenam cabaran Filipina, 4-0, Sabtu lalu.

Sementara itu, penyerang, Alif Ikmalrizal Anuar menyatakan dia bersedia memberikan yang terbaik jika diturunkan menentang Thailand.

Bila saya diberi peluang malam esok saya akan buat yang terbaik, bantu pasukan layak ke peringkat seterusnta.

“Sebagai penyerang tekanan itu perkara biasa. Saya harap malam esok boleh bantu pasukan layak ke peringkat seterusnya.

“Apabila jurularih beri peluang bermain malam esok, saya akan berikan 100 peratus terbaik dan akan bantu pasukan. Saya harap penyokong juga berikan sokongan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan