24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bekalan air di Kedah, Pulau Pinang terkawal – SPAN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKALAN air bersih di dua negeri, Kedah dan Pulau Pinang terkawal dan kembali pulih seperti biasa.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, situasi pembekalan air bersih di Kedah masih beroperasi sebagaimana biasa namun tindakan mitigasi telah dan sedang diambil oleh setiap agensi berkaitan.

Katanya, lawatan ke lokasi barrage mendapati pemulihan bekalan telah mencapai 100 peratus bagi semua kawasan yang terjejas sebelum ini dan perkhidmatan kembali pulih sebagaimana biasa.

“Lawatan ke Pulau Pinang mendapati situasi bekalan air terkawal. Situasi hujan di Pulau Pinang dijangka dapat membantu meningkatkan paras empangan dengan ramalan hujan berterusan sehingga Ahad oleh MetMalaysia.

“Penurunan paras air sungai secara mendadak di Sungai Muda yang berlaku pada 14 Mei lalu adalah terkawal di kedua-dua negeri. Bekalan air telah berjaya dipulihkan sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

SPAN diketuai Pengerusinya, Charles Santiago mengadakan lawatan dua bermula semalam bersama beberapa agensi bagi meninjau situasi bekalan air rentetan penyusutan paras empangan dan persediaan menghadapi fenomena El-Nino.

Antara agensi itu adalah Syarikat Air Darul Aman (SADA), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Pulau Pinang.

Sementara itu, SPAN merakamkan penghargaan kepada warga kerja SADA dan PBAPP yang bertungkus lumus memastikan bekalan dipulihkan walaupun menghadapi situasi luar jangka dan fenomena El-Nino.

“SPAN merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang proaktif dan mengambil tindakan pantas bagi mengawal dan memulihkan masalah yang timbul terutama kepada operator-operator bekalan air di lain-lain negeri yang menghulurkan bantuan lori tangki agihan kepada SADA,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan