27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PDRM hargai anggota unit MPV rampas dadah RM9.5 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEJAYAAN dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Kontinjen Kelantan merampas dadah bernilai RM9.5 juta mendapat pengiktirafan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pencapaian cemerlang sama turut dilakar dua anggota dari Unit MPV Kontinjen Polis Kuala Lumpur apabila berjaya merampas senjata tiruan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada dua orang anggota Unit MPV Kontinjen Kuala Lumpur yang telah berjaya merampas senjata tiruan sebanyak 25 laras rifle, dua pucuk pistol dan 480 butir peluru plastik bernilai RM318,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya di Perhimpunan Bulanan KPN anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang diadakan di Bukit Aman, hari ini.

Dalam majlis itu, Acryl Sani turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 37 warga pasukan yang terdiri daripada pegawai dan pegawai awam daripada pelbgai jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Turut hadir Pengarah JPJKK, Datuk Aidi Ismail dan Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin.

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata, kehadiran elemen rondaan di Bahagian Operasi Darat JPJKK mencakupi MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan-kawasan kediaman, komersial dan perindustrian.

Katanya, itu telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan diri dan harta benda mereka.

“Bagi tempoh Januari hingga April, MPV telah menjalankan sebanyak 872,283 pemeriksaan kenderaan, yang mana sejumlah 76,768 saman telah dikeluarkan.

“Di samping itu, anggota MPV juga telah menjalankan sebanyak 1,651 tangkapan dengan 770 adalah tangkapan kes jenayah, 777 tangkapan kes narkotik dan 104 bagi lain-lain kes.

“Dalam pada itu, URB turut melaksanakan sebanyak 154,887 aktiviti ‘Stop and Talk’ serta ‘Meet and Greet’ sebagai usaha mendekatkan lagi PDRM dengan masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan