28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

MoU sokong Anwar tidak ikut perlembagaan, bersifat diktator

Pemaksaan ahli Parlimen untuk mengundi menurut arahan adalah sama seperti dalam sistem di Korea Utara atau China.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERJANJIAN persefahaman (MoU) yang memaksa ahli-ahli Parlimen untuk menyokong undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah haram, tidak berperlembagaan dan membawa kepada pemerintahan diktator.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, Anwar dan parti -parti kerajaan tidak boleh bergantung kepada Artikel 49A untuk ugut ahli Parlimen untuk mengundi bagi menyokong beliau termasuk dalam mana-mana rang undang-undang atau perkara yang berkaitan dengan kepercayaan.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan mutlak kepada mana-mana ahli Parlimen yang telah dipilih untuk mengundi sebagaimana mereka merasakan betul demi kepentingan pengundi.

“Ugutan serta intimidasi yang dibuat melalui perjanjian MoU terhadap ahli Parlimen dari parti-parti kerajaan ini adalah satu permulaan kepada pemerintahan ala-diktator.

“Despotisme jenis baru ini tidak pernah disaksikan sebelum ini didalam sejarah politik atau parlimen Malaysia.

“Pemaksaan ahli Parlimen untuk mengundi menurut arahan adalah sama seperti dalam sistem di Korea Utara atau China. Ianya tiada tempat dalam sistem demokratik Malaysia,” katanya hari ini.

Baca juga:   Usaha tingkatkan perlindungan sosial belia B40

Semalam, parti politik yang membentuk kerajaan terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan ahli-ahli Parlimen bebas telah menandatangani satu MoU.

Di bawah Klausa 4 MoU tersebut menyatakan, kesemua ahli Parlimen wajib menyokong Perdana Menteri dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan tersebut.

Baca juga:   Ismail Sabri ajak pembangkang bekerjasama

Manakala di bawah Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana ahli Parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan.

Mas Ermieyati yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) berkata, MoU yang dijana oleh Anwar akan disemadikan selamanya sebagai titik hitam di dalam sejarah negara dan tindakan subversif terhadap demkorasi berparlimen serta struktur asas perlembagaan.

“Kami sentiasa akan menyokong sebarang ikjhtiar untuk memastikan wujud kerajaan yang stabil, tetapi tidak dengan cara membelakangi perlembagaan dan undang-undang.

“Perjanjian ini adalah haram, tidak berpelembagaan, merbahaya dan tidak boleh diperkuatkuasakan.

“Artkel 49A tidak boleh menyebabkan mana-mana kerusi dikosongkan atas alasan cara ahli parlimen mengundi. Tidak ada apa-apa perkara seperti itu di dalam Artikel 49A.

“Sebaliknya, ianya hanya merangkumi situasi di mana seseorang ahli Parlimen tersebut meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli partinya,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang perlembagaan mengenai peruntukan Larangan Ahli Dewa Rakyat Bertukar Parti yang telah menyatakan pada 18 Julai 2022 bahawa mana-mana ahli Parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A.

Baca juga:   PM gesa syarikat Malaysia tembusi pasaran halal belum diteroka

Beliau berkata, perkatra itu jelas didapati di dalam perenggan 21.4 laporan jawatankuasa pilihan tersebut.

Baca juga:   Kes harian Covid-19 menurun ke empat angka

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua ahli Dewan Rakyat daripada parti kerajaan untuk tidak rasa takut dalam menjalankan tanggungjawab mereka semata-mata kerana kewujudan perjanjian haram ini.

“Artikel 49A, kamu tidak akan hilang kerusi semata-mata kerana mengundi berdasarkan pertimbangan sendiri,” katanya. – Edisi 9


Wartawan

Terkini

Perodua maksimumkan pengeluaran dan pendaftaran pada 2023

PERODUA berusaha untuk memaksimumkan jumlah pengeluarannya kepada 330,000 unit dan jualan kepada 314,000 unit tahun ini, disokong oleh tempahan...

Lagi Artikel Berkaitan