29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tanah runtuh: Dua lagi mangsa ditemui

Kedua-dua mangsa ke-22 dan 23 itu merupakan individu dewasa wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA lagi mangsa ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, setakat pukul 1.30 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata berkata, kedua-dua mangsa ke-22 dan 23 itu merupakan individu dewasa wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki.

“Penemuan ini sekali gus menjadi jumlah keseluruhan mangsa ditemui adalah 23 orang dan 10 lagi masih dicari,”katanya.

Advertisements
Kenderaan polis yang dipercayai membawa dua lagi mangsa yang ditemukan di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali.

Terdahulu dalam sidang media lokasi kejadian, Norazam berkata, operasi SAR hari ini turut melibatkan tujuh ekor anjing pengesan (K9) daripada JBPM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Anjing-anjing berkenaan mempunyai kepakaran untuk mengesan mayat yang berada di bawah timbunan tanah, batu-batuan serta air, “katanya.

Beliau dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan berlaku gelongsoran tanah susulan terdapat pergerakan kerana aliran air bawah tanah serta keadaan tanah yang lembut.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan