28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Tanah runtuh: Tiga warga Singapura ditemui selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar mengesahkan tiga warga Singapura ditemui selamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi semalam.

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam memastikan semua yang terjejas akibat tragedi itu diberi bantuan segera.

“Marilah kita semua berdoa untuk keselamatan mangsa yang terjejas dan mereka yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam insiden tragis berkenaan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat melibatkan 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan.

Setakat tengahari ini, 10 orang dilaporkan hilang manakala 23 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. – BERNAMA

Baca juga:   Banglo ditimpa tanah runtuh, tiga beranak terselamat

Wartawan

Terkini

Denda hingga RM1 juta import, eksport hidupan liar tanpa permit

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan...

Lagi Artikel Berkaitan