24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MoU pastikan kestabilan politik lebih kukuh – Zahid

Langkah memastikan tarif elektrik tidak meningkat adalah permulaan kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERJANJIAN persefahaman kerjasama (MoU) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan adalah inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara berada pada tahap terbaik dan kukuh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan adanya persefahaman tersebut, negara kini boleh memberi fokus kepada isu ekonomi dan rakyat.

Beliau berkata, fokus ekonomi perlu diberikan perhatian segera lebih-lebih lagi persediaan negara mendepani suasana ekonomi yang lembap.

“Malah Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia akan membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.

“Implikasinya adalah tahap permintaan akan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi yang seterusnya merencatkan ekonomi dunia.

“Terdapat juga kemungkinan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia.

“Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa,” katanya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak meningkat untuk memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terkesan adalah langkah permulaan kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan. Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

“Tempoh lima tahun bukanlah tempoh lama untuk untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia, “katanya.

Ujar beliau, naratif Melayu dan Islam yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan jelas menunjukkan aspek yang lebih moderate dan progresif.

Advertisements

“Seri Perdana kini bukan lagi dilihat sebagai lingkungan elit tetapi telah menjadi medan awam terbuka bagi rakyat dengan berlangsungnya majlis dan program-program agama dan ilmiah setiap minggu.

“Sudah pasti ini mencatat sejarah apabila Seri Perdana dibuka kepada rakyat biasa sebagai tempat menimba ilmu dan menjalinkan hubungan muhibbah rakyat di negara ini. Maka, jurang rakyat dan pemimpin negara dapat dirapatkan,” katanya.

Kemajuan Desa akan didorong empat imperatif utama iaitu Data dan Digital, Ekonomi, Sosial dan Sahsiah serta Akses dan Alam Sekitar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, dalam konteks Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, peluang tempoh kerajaan bagi penggal ini juga akan dipenuhi dengan pelbagai usaha untuk memastikan pemugaran (rejuvenation) dan rekayasa sosial (social engineering) akan melimpah dan dirasai oleh warga desa dengan sebaik-baiknya.

“Rekayasa sosial ini menuntut pihak kerajaan, institusi, malah parti politik untuk memainkan peranan penting memulihkan sikap dan tingkah laku masyarakat dengan membawa agenda pembangunan yang lebih progresif.

“Konsep Desa perlu diberikan makna yang lebih dinamik dan sesuai dengan perubahan dan arus pembangunan.

“Maka desa yang tradisional sebagai kawasan lingkungan yang mempunyai konotasi negatif harus dikikis sesuai dengan perubahan zaman.

“Sehubungan dengan itu, saya menyarankan agar konsep Kemajuan Desa diperluaskan dan diberikan makna besar sesuai dengan komitmen Kementerian yang diterajui.

“Kemajuan Desa akan didorong empat imperatif utama iaitu Data dan Digital, Ekonomi, Sosial dan Sahsiah serta Akses dan Alam Sekitar.

“Sudah pasti saya memerlukan maklum balas semua warga desa dan bukan desa bagi tujuan ini. Amat penting bagi kita bersama-sama meningkatkan penyertaan idea-idea pembangunan desa.

“Di sinilah kita perlu bersatu hati, memupuk kerjasama, melupakan kulit ideologi politik bagi bersama-sama membangunkan negara.

“Kata peribahasa, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Maksudnya walaupun indah hidup di negeri orang, sebenarnya lebih bahagia hidup di negeri sendiri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan