31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Tanah runtuh: Satu lagi mayat mangsa ditemui

Sehingga kini, mereka yang meninggal terdiri daripada lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan 4 dewasa (lelaki).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi mangsa ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, hari ini.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 4.35 petang tadi, sekali gus menjadikan jumlah mangsa korban tragedi itu seramai 24 orang.

Manakala, baki sembilan mangsa masih dikesan.

Sehingga kini, mereka yang meninggal terdiri daripada lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan 4 dewasa (lelaki).

Tengahari tadi, dua lagi mangsa ditemui pada hari kedua operasi SAR di Jalan Batang Kali-Genting Highland, setakat pukul 1.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa ke-22 dan 23 itu merupakan wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki.

Semalam, media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan