24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Imigresen gempur penempatan PATI di Dengkil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 48 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan pihak penguatkuasa dalam satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di kawasan tapak pembinaan di Dengkil, Selangor awal pagi semalam.

Operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dilakukan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu telah dijalankan pada jam 1.30 pagi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi ini seramai 63 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 48 orang PATI yang berumur diantara 18 hingga 53 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan lima wanita warganegara Indonesia, 12 lelaki warganegara Bangladesh, lima lelaki warganegara Myanmar dan seorang wanita warganegara Vietnam.

“Kesemua mereka dipercayai tinggal di penempatan tersebut bagi mengelakkan dari dikesan dari pihak berkuasa.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa PATI yang ingin meloloskan diri daripada ditahan Pegawai Imigresen,”katanya.

Advertisements

Beliau berkata, penempatan ini berada di kawasan permukaan bumi yang tidak rata serta berlumpur ditambah dengan dipenuhi besi serpihan pembinaan, mendatang risiko kecederaan yang tinggi kepada semua pegawai yang terlibat.

“Semasa cuba mengejar dan menahan PATI seorang pegawai operasi telah cedera di bahagian lutut dan kaki akibat terkena besi tajam serpihan pembinaan.

“Walau bagaimanapun kesemua PATI berjaya ditahan kerana kesemua laluan keluar dari penempatan ini telah dikepung lebih awal,” katanya.

Katanya, daripada pemeriksaan mendapati, antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan