24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MCMC keluar 112 kompaun bernilai hampir RM4.7 juta tahun ini

Tindakan yang diambil bertujuan memastikan pemegang lesen agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 112 kompaun yang bernilai RM4,696,000.00 sepanjang tahun 2022 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta tersebut.

MCMC dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, daripada jumlah tersebut, 106 kompaun telah dikeluarkan terhadap pemegang lesen MCMC.

“Ia termasuk 53 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016 iaitu kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

“Sebanyak 27 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002, 17 kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 105 (3) AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi standard mandatori.

Advertisements

“Lima kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 242 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen manakala masing-masing dua kesalahan bagi kesalahan di bawah Seksyen 127 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services dan di bawah Seksyen 126 AKM 1998 iaitu menawarkan perkhidmatan tanpa lesen,”katanya.

Selain itu, MCMC berkata, pihaknya turut mengeluarkan enam kompaun terhadap pihak bukan pemegang lesen dengan lima kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

“Satu kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian.

“Tindakan yang telah diambil ini bertujuan untuk memastikan semua pihak khususnya pemegang lesen agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan