30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Spritzer rai musim sejuk 2022 di Ecopark

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR air mineral terkemuka tempatan, Spritzer bakal meraikan musim sejuk di Spritzer Ecopark bermula 16 Disember hingga 1 Januari 2023.

Bagi meraikan acara tersebut, sepohon pokok Krismas gergasi setinggi 28 kaki didirikan dengan sebahagiannya diperbuat dari botol Spritzer Sparkling dan Air Mineral Semulajadi Spritzer yang dikitar semula.

Ahli keluarga dan rakan-rakan boleh merakamkan kenangan indah yang bersuasana Krismas di struktur berbentuk kubah (Igloo).

Spritzer dalam kenyataannya berkata, musim salji kembali ke Taiping, Perak selepas dua tahun dengan setiap sesi salji turun sebanyak empat kali sehari yang berlangsung selama 30 minit setiap sesi.

“Tarikh turun salji ialah 16, 17, 18, 23, 24, 25 Disember 2022 pada pukul 6:30 petang, 8:00 malam, 9:00 malam, dan 10:00 malam,” katanya.

Sepohon pokok Krismas gergasi setinggi 28 kaki didirikan dengan sebahagiannya diperbuat dari botol Spritzer Sparkling dan Air Mineral Semulajadi Spritzer

Aktiviti Karnival “Musim Sejuk” yang lain termasuklah buih belon gergasi (Giant bubble), kart pedal, golf mini, stesen permainan pesta keriangan seperti “Flip the Bottle”, “Toss the Ring” dan banyak lagi.

Baca juga:   Tiada peluang bagi pengkhianat parti - Ahmad Zahid

Selain itu, para pengunjung boleh menikmati,makanan dan minuman semasa karnival.

Popcorn buatan Spritzer EcoPark dan minuman istimewa Tropical Fizz yang dibancuh menggunakan Spritzer Sparkling sentiasa disyorkan dan menjadi pilihan untuk pengunjung bersantai sambil menikmati aktiviti luar.

Apa yang menarik lagi, bengkel khas akan diadakan untuk membuat biskut halia (Gingerbread) dan bebola tepung pulut yang lazat.

Baca juga:   PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai bengkel-bengkel dalam tempoh yang tersenarai, dan pra-tempah tidak diperlukan di mana bengkel biskut halia diadakan pada 23 hingga 25 Disember dari pukul 5 petang hingga 10 malam manakala bengkel bebola tepung pulut bermula 16 hingga 18 Disember dari pukul 5 petang hingga 10 malam.)

Spritzer menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula bahan-bahan demi pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar melalui eko-pelancongan di Taiping. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

LPPKN, JKN gempur saringan HPV DNA di seluruh negara

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA...

Lagi Artikel Berkaitan