Tuesday, July 21, 2026

Ribut salji: Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 5,500 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat setakat petang Isnin akibat ribut salji, lapor Sputnik memetik Washington Post.

Selain itu, sekurang-kurangnya 50 kematian turut dilaporkan.

Antara negeri yang mencatatkan kes kematian ialah Colorado, Illinois, Kansas, Kentucky, Michigan, Missouri, Nebraska, New York, Ohio, Oklahoma, Tennessee dan Wisconsin.

Bandar Buffalo di timur laut negeri New York yang menyaksikan salji lebat pada hujung minggu mencatatkan korban paling ramai.

Setakat hari ini, sekurang-kurangnya 14 orang telah meninggal dunia, menurut laporan itu. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan