33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pesawat Korean Air bawa 172 penumpang, kru terbabas

Tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang telah dipindahkan dengan selamat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH pesawat Korean Air bersama 173 penumpang dan kru melepasi landasan lalu terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu di Filipina, malam tadi.

Susulan itu, semua penerbangan antarabangsa dan domestik ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu dibatalkan sehingga diberitahu kelak, lapor CNN.

Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat penerbangan itu, tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang telah dipindahkan dengan selamat.

Pesawat Airbus SE A330 yang terbang dari Seoul ke Cebu cuba mendarat dua kali dalam cuaca buruk sebelum ia melanggar landasan pada percubaan ketiga pada jam 11.07 malam waktu tempatan.

“Penumpang juga sudah diiringi ke tiga hotel tempatan dan penerbangan alternatif sedang diaturkan.

“Insiden itu memerlukan penutupan sementara landasan bagi membolehkan pesawat itu dialihkan dengan selamat,” kata pihak pengurusan lapangan terbang dalam satu kenyataan.

Penumpang yang mempunyai penerbangan ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu diminta menyelaras penerbangan masing-masing terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina berkata satu pasukan akan dihantar ke Cebu untuk menyiasat jenis kejadian itu.

Sementara itu, Presiden Korean Air, Keehong Woo mengeluarkan surat permohonan maaf berhubung penerbangan itu di laman web syarikat penerbangan berkenaan.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa siasatan menyeluruh akan dilakukan dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan serta pihak berkuasa Korea untuk menentukan punca kejadian. – Agensi

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan