29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Semoga pesta cahaya mekarkan perpaduan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“MALAYSIA unik, dan kita berkongsi rasa dan meraikan perbezaan. Kerana itulah Malaysia menjadi cukup harmoni dan berbeza dengan negara-negara lain, “kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, sudah menjadi kemestian, beliau berkunjung ke Little India Brickfield untuk melihat sendiri persiapan masyarakat India menyambut Deepavali.

“Tose, muruku, bunga api, kain sari dan dhoti, paluan gendang, lagu-lagu popular Deepavali berkumandang, menggambarkan betapa meriah sambutan Deepavali negara kita pada tahun ini.

“Saya yakin, perayaan Deepavali pada tahun ini disambut dengan lebih meriah bersama-sama keluarga dan rakan taulan yang tersayang.

Advertisements

“Semoga pesta cahaya ini memekarkan lagi perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia dan keharmonian sesama kita.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia.

“Jika pulang ke kampung, hati-hati lah di jalan raya. Nikmati perayaan ini dengan bahagia bersama keluarga tercinta,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan