26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

3 jawatan TPM dalam Manifesto BN – Ahmad Zahid

Pelantikan tiga TPM berkenaan juga adalah selaras dengan semangat Sabah dan Sarawak, sebagai sebuah wilayah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM), masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, diwujudkan jika UMNO/BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik Bernama, Ahmad Zahid berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya cadangan berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS, pada PRU15 ini.

“Ini adalah pendekatan baharu dicadangkan oleh BN agar BN Sabah, GPS di Sarawak serta BN di Semenanjung, memasukkan ia dalam manifesto,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Gelombang Biru BN Zon 3 Sabah melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort, Sipitang di Sabah, hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO; Naib Pengerusi BN Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baca juga:   Tujuh parti politik mohon jadi komponen BN

Hadir sama Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Ahmad Zahid berkata adalah tidak mustahil untuk mempunyai tiga TPM masing-masing satu dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, selain yakin perdana menteri akan menerima cadangan berkenaan.

Baca juga:   Dira dilantik Timbalan Speaker DUN Melaka

“Ini kerana jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Itu sebabnya tidak ada jawatan TPM (ketika ini) yang ada hanyalah empat jawatan menteri kanan.

“Jadi, tidak mustahil kalau (ada) tiga jawatan TPM jika BN menang dengan dominan, maka jawatan itu akan disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk menduduk jawatan kedua penting negara,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid pelantikan tiga TPM berkenaan juga adalah selaras dengan semangat Sabah dan Sarawak, sebagai sebuah wilayah.

Mengulas lanjut mengenai cadangan lantikan TPM dari Sabah dan Sarawak itu, Ahmad Zahid berkata BN tidak pernah berbohong, dalam melaksanakan manifesto.

“BN tidak pernah bohong dari segi manifesto. Jadi, oleh kerana ini merupakan manifesto BN (jika dimasukkan), maka wajib kita akan laksanakan apa yang ditulis dalam manifesto, TPM dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ahmad Zahid juga mencadangkan BN Sabah memohon kepada kerajaan Persekutuan agar setiap peruntukan untuk Sabah, disalurkan terus kepada kerajaan negeri bagi membolehkan ia dilaksanakan sendiri oleh kementerian, jabatan dan agensi peringkat negeri.

Baca juga:   Dipecat:Saya tiada komen, tempoh bertenang - Annuar

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan