30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Feri terkandas berjaya ditunda ke terminal Kuala Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH feri yang terkandas pada petang semalam di muara Kuala Kedah telah berjaya dibawa ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah setelah ditunda oleh bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo pada jam 9.25 malam semalam.

Terdahulu, Jabatan Laut Malaysia melaporkan kepada Zon Maritim Kuala Kedah berkaitan sebuah feri penumpang Express Bahagia 98 terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari Muara Kuala Kedah dengan melibatkan seramai 547 orang penumpang pada jam 4.15 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, sejurus daripada itu, sebuah aset bot PERKASA 1224 digerakkan bagi melakukan medical evacuation (MEDEVAC) kerana didapati terdapat laporan bahawa beberapa penumpang mengalami simptom sesak nafas.

“Mangsa yang alami sesak nafas telah mendapat rawatan perubatan daripada petugas kesihatan setibanya di Jeti.

“Seramai 272 orang penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.

“Operasi memindahkan penumpang turut berhadapan detik sukar dan beberapa kali enjin bot pasukan penyelamat tersekat akibat air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut namun operasi yang dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi ini selesai dan telah ditamatkan pada jam 10 malam tadi.

“Antara agensi dan jabatan yang terlibat bagi urusan pemindahan penumpang ialah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pasukan Bomba, “katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan kepada pengendali feri penumpang agar lebih berwaspada serta meningkatkan tahap pengetahuan tentang pasang surut air laut dalam mengendalikan feri feri mereka di masa akan datang agar insiden seperti ini tidak berulang.

“Maklumat kecemasan juga sewajarnya dilapor terus kepada Maritim Malaysia melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 agar bantuan segera dapat diberikan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan