25.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Ismail Sabri ucap takziah kepada Wan Azizah

Ekoran kembalinya ke rahmatullah ibu bekas Timbalan Perdana Menteri itu hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada Penasihat PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis.

Ismail Sabri menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran media sosial beliau pagi ini.

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Hajah Mariah Khamis.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah meninggal dunia awal pagi hari ini.

Menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, jenazah ibu mentuanya akan dibawa untuk solat jenazah di Masjid Al-Mustaqim, Ampang pada pukul 11.30 pagi ini.

Baca juga:   Rangka kanak-kanak ditemui, dipercayai mangsa bunuh

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-Allah,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar turut berkongsi berita sedih tersebut menerusi media sosial miliknya.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarham nenek ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khotimah,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan