31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

511 penumpang feri terkandas diselamatkan

Feri Express Bahagia 168 itu terkandas apabila paras air laut surut hingga menyebabkan ia tersangkut di kawasan beting lumpur.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritm Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyelamatkan 511 penumpang Feri Express Bahagia 168 yang terkandas di muara Kuala Kedah pada pukul 9.15 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan feri dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah itu terkandas di kedudukan 0.8 batu nautika muara berkenaan.

“Feri Express Bahagia 168 itu telah terkandas apabila paras air laut surut hingga menyebabkan ia tersangkut di kawasan beting lumpur.

“Bot Perkasa 1224 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta JLM,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, feri berkenaan berjaya ditunda balik oleh bot penunda milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah dengan diiringi bot Perkasa 1224 pada pukul 11.15 malam.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam.

“Antara agensi terlibat dalam operasi itu adalah JLM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Noor Azreyanti berkata Maritim Malaysia mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan aduan sekiranya berlaku insiden kecemasan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 atau MERS 999. – BERNAMA

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan