Tuesday, July 21, 2026

Gempa bumi kuat melanda Utara Halmahera, Indonesia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Utara Halmahera, Indonesia pada jam 4.02 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa dengan kedalaman 112 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 192 km Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan