26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fitnah: Bekas MP diarah bayar ganti rugi RM150,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan bekas Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan membayar ganti rugi RM150,000 kepada sepasang suami isteri berhubung mesej WhatsApp berbaur fitnah membabitkan dakwaan mereka menipu beberapa ahli perniagaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman pasangan itu terhadap Gobalakrishnan.

Ketika mengesahkan perkara itu, peguam Rueben Mathiavaranam yang mewakili pasangan tersebut, berkata mahkamah turut mengarahkan Gobalakrishnan membayar RM40,000 sebagai kos kepada seorang juruterbang iaitu S. Selvakumar dan isterinya, R. Indrani yang merupakan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat cawangan Sungai Siput.

Beliau berkata dalam penghakimannya, Raja Ahmad Mohzanuddin memutuskan ketiga-tiga mesej defendan melalui WhatsApp pada 4 Jun 2019 adalah bersifat fitnah terhadap pasangan itu.

Advertisements

“Mahkamah turut menolak tuntutan balas Gobalakrishnan terhadap Indrani kerana ketiadaan bukti,” kata Rueben.

Pernyataan tuntutan pasangan itu, yang difailkan pada 7 Nov 2019, antara lain memohon ganti rugi am, perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menulis atau menyiarkan perkataan berbaur fitnah, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan