27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Akta Orang Asli 1954 akan dipinda – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AKTA Orang Asli 1954 (Akta 134) akan dipinda bagi memudahkan urusan masyarakat berkenaan terutamanya membabitkan pendaftaran perkahwinan dan memperoleh sijil kelahiran.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan akta itu juga akan menyelesaikan isu pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat berkenaan.

“Mereka mesti diberikan hak secara perundangan terhadap kawasan rayau dan hak milik tanah kekal bagi perumahan mereka.

“Terdapat beberapa kekangan dari Kanun Tanah Negara dan perundangan yang tersangkut dalam soal hal ehwal tanah. Kita menghormati Kerajaan-kerajaan Negeri yang sangat terikat kepada kanun tanah dan peraturan tanah yang ada di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Putrajaya hari ini.

Ujar Ahmad Zahid, perkara itu sedang dibincangkannya dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor yang turut dilantik sebagai Pengerusi Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli.

“Kemudian beliau (Ramli) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara. Pindaan akta ini adalah tindakan pantas berbanding menggubal akta baharu. Dengan adanya pindaan ini, ia juga melibatkan Perlembagaan dan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan dijalin.

Advertisements

“Bila akta ini dibentang di Parlimen kelak, dan apabila ianya melibatkan pindaan Perlembagaan, ianya mesti memperolehi suara dua pertiga untuk sesuatu pindaan itu dibuat,” katanya.

Untuk rekod, Akta 134 dipinda kali terakhir pada tahun 1967 dan disemak pada 1974.

Ketika ini terdapat kira-kira 209,000 Orang Asli di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli dibentuk hari ini dengan JAKOA dilantik sebagai sekretariat urusetia tersebut, dalam usaha membawa kemajuan dan perubahan kepada Orang Asli.

Selain itu, beliau berkata, 300 anak Orang Asli disasarkan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan