25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis buru 3 suspek letupkan mesin ATM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini memburu tiga suspek yang dipercayai meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta melarikan sejumlah RM349,000 di Setia Alam, Selangor, pagi tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek lelaki terbabit dipercayai memasuki ruangan mesin ATM itu pukul 6.30 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk meletupkan dua mesin ATM itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pada pukul 6.48 pagi tadi pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan kejadian itu.

“Didapati dua mesin ATM dalam keadaan rosak teruk dipercayai diletupkan.  Siasatan awal di lokasi mendapati sebuah mesin ATM berjaya dibuka manakala sebuah lagi gagal dibuka.

“Siasatan setakat ini juga mendapati tiga suspek dilihat memasuki premis ATM bank.  Suspek menaiki kereta berwarna putih disyaki jenis Mitsubishi ASX.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kabur dan tidak jelas kerana suspek menyembur CCTV terdapat di premis bank menggunakan cat berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Mohd Iqbal lagi, pihak forensik, Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Post Balistic Investigation (PBI) turut ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Menurutnya, dari siasatan pihak forensik, letupan dipercayai dihasilkan dengan cara tekanan gas.

“Tiada kesan kebakaran di tempat kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Anggaran keseluruhan kerugian adalah berjumlah RM409,000 di mana wang tunai sebanyak RM349,000 manakala selebihnya kerugian mesin ATM itu setiap satu RM30,000,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan. Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan