36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Nantikan Belanjawan 2023, 4 petang esok – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Malaysia boleh menyaksikan pembentangan belanjawan pertama oleh Kerajaan Perpaduan yang disiarkan secara langsung di pelbagai saluran media pada pukul 4 petang esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan suasana  persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau yang berkesempatan meluangkan masa bagi meninjau persiapan akhir itu, turut serta dalam tinjauan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican.

“Sewaktu sesi tinjauan tersebut, saya turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang akan dibentangkan esok di Parlimen.

“Saya juga sempat beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia Madani,” katanya hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, rakyat Malaysia boleh menyaksikan pembentangan belanjawan berkenaan pada pukul 4 petang esok.

Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu rakyat sempena Belanjawan 2023 Malaysia Madani ini adalah program atau skim bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat gangguan ekonomi pasca pandemik Covid 19 tanpa perlu mengeluarkan caruman  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan 2023.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan