26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Syabu seberat 1.8 tan bernilai RM64.8 juta dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terbesar dengan merampas dadah jenis syabu seberat 1.8 tan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM64.8 juta.

Rampasan itu dibuat Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Briged Utara dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis dan Pasukan Polis Marin selepas menahan sebuah lori penunda pada jam 4 pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Perlis, Surina Saad, berkata, lori penunda terbabit membawa sebuah lori dan hasil pemeriksaan lanjut telah menemui 72 guni yang setiap guni berisi 25 bungkusan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.8 tan bernilai anggaran RM64.8 juta.

“Terdapat lima suspek telah ditahan iaitu empat lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 29 hingga 49 tahun.

“Seorang daripada suspek turut cuba menyogok pihak polis dengan wang tunai berjumlah RM200,000.

“Namun pasukan serbuan telah menolak dan merampas wang tunai tersebut untuk tindakan di bawah akta pencegahan rasuah,” katanya dalam sidang media di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati dadah yang dibawa masuk dari negara jiran itu dipercayai untuk diedar ke selatan negara bagi kegunaan lebih kurang sembilan juta penagih.

“Dengan penangkapan suspek, ini merupakan rampasan terbesar.

“Sehubungan dengan itu, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.

Ujar beliau, polis turut menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM400,000 termasuk tiga buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai,”

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan