31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pembahagian kerusi PRN dibincang oleh Sekretariat – Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBAHAGIAN kerusi bagi enam pilihan raya negeri (PRN) antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan dibincangkan di peringkat Sekretariat kerajaan itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sudah mula dibincangkan tetapi masih belum dimuktamadkan.

Beliau menegaskan bahawa BN akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti politik sedia ada tetapi calon BN akan menggunakan logo partinya sendiri iaitu “dacing”.

“Persediaan enam negeri ke arah PRN, akan mula dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Advertisements

“Kita akan menjalin kerjasama antara parti politik sedia ada, namun calon BN akan kekal menggunakan lambang BN dalam PRN enam negeri ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli di Putrajaya hari ini.

Semalam, para pemimpin enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu bersepakat untuk membubarkan Dewan Undang Negeri (DUN) masing-masing pada dua minggu terakhir Jun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesepakatan itu dicapai ketika sesi minum petang yang diadakan di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang di-Pertuan Besar serta Tuan Yang Terutama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan