24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kanak-kanak 12 tahun maut dalam kebakaran rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil, Kedah, pagi tadi.

Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemukan di dalam bilik tidur kediaman terbabit oleh anggota bomba yang memadam kebakaran.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi

“Hasil pemerhatian pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati, kebakaran terbabit dipercayai bermula pada bahagian dalam bilik tidur.

Advertisements

“Rumah tersebut yang berkeluasan 40 kaki x 20 kaki didapati terbakar kira-kira 90 peratus dan kerja-kerja ‘overhaul’ kini sedang dijalankan oleh anggota bomba di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Wan Mohd. Hamizi, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bersama sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan