25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Penumpang Korean Air hampir tertelan serpihan kaca dalam kopi

Mesti Baca

SEORANG penumpang lelaki Korean Air hampir tertelan serpihan kaca di dalam minuman kopinya ketika dalam penerbangan dari Guangzhou, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan pada 1 September lalu.

Dilaporkan, serpihan kaca itu berukuran kira-kira 0.5 sentimeter (sm) panjang dan 0.1 sm tebal.

Dalam laporan majalah BusinessKorea, kru kabin mendapati cawan kaca yang mengandungi kopi itu sumbing, tetapi tidak jelas sama ada serpihan kaca itu adalah dari cawan yang sama.

Penumpang itu berkata, dia ingin memuntahkan minuman itu seperti yang dicadangkan oleh kru kabin, sekiranya dia sudah menelan lebih banyak serpihan kaca, lapor penerbitan media berbahasa Inggeris Korea JoongAng Daily. Bagaimanapun, lelaki itu tidak cedera.

“Saya sudah menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air untuk memaklumkannya mengenai seriusnya isu ini dan menuntut maklum balas,” kata penumpang itu yang enggan meminta pampasan, tetapi mahu Korean Air mendedahkan kejadian itu kepada umum, seperti dilaporkan media Korea Selatan.

Advertisements

Korean Air menolak permintaannya, tetapi membantunya dalam bil perubatan dan memberikan e-baucar ASS$100 (RM469).

Syarikat penerbangan itu juga menulis permohonan maaf atas kecederaan yang hampir berlaku akibat cawan kaca yang rosak.

Memandangkan cawan itu dibekalkan oleh pembekal makanan dalam penerbangannya dan kecacatan itu tidak dikesan semasa pemeriksaan akhir sebelum perkakas dimuatkan ke atas kapal.

Justeru kru kabin akan melakukan pemeriksaan visual minuman dalam penerbangan sebelum dihidangkan.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia sedang menyiasat perkara itu dengan pembekal makanan dalam penerbangannya di Guangzhou dan akan meningkatkan pemeriksaan perkakasnya untuk mengelakkan kejadian sama berulang. -Agensi

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan