24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Langgar syarat sah lesen, bot nelayan ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor ketika sedang menangkap ikan di sekitar perairan Sungai Besar, pagi semalam.

Penahanan bot nelayan itu dilakukan pihak penguatkuasa dalam Op Ehsan dan Op Benteng Laut pada jam 8.01 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot itu ditahan ketika sedang menangkap ikan di kedudukan 3.2 batu nautika Barat Daya Sungai Besar oleh bot peronda Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh dua warga tempatan dan dua warga asing berusia lingkungan 32 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kesemua kru warga asing gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah ketika diminta penguatkuasa,” katanya di sini.

Beliau berkata, sehubungan dengan itu, bot bersama kesemua kru nelayan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Baca juga:   Tak serik, Maritim Malaysia usir lagi 40 bot nelayan Indonesia di perairan Perak

“Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas,” katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Baca juga:   Bot tunda, tongkang pindah muatan tanpa kebenaran ditahan

Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan