32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ini rupanya tujuan Tengku Zafrul ke Timur Tengah…

Beliau tidak menghadiri mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Mesti Baca

‘MISTERI’ ketiadaan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz semasa mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan semalam terjawab apabila beliau rupa-rupanya sedang mengiringi Yang di-Pertuan Agong ke Timur Tengah.

Hantaran menerusi Facebook beliau hari ini mengesahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sedang berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas urusan rasmi negara.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara juga mengesahkan Tengku Zafrul bersama Seri Paduka Baginda sedang melakukan lawatan khas selama empat hari ke UAE.

Ketiadaan Tengku Zafrul semasa mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendapat cemuhan netizen menuduh beliau ‘sedang bercuti dan menyaksikan Piala Dunia di Qatar’ dan mengabaikan tugasnya.

Ia susulan laporan media yang menyebut bekas Menteri Kewangan itu mempunyai urusan di Qatar tanpa memperincikan tujuan tersebut.

Tengku Zafrul yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Kuala Selangor dilantik oleh Anwar bagi mengetuai MITI.

Advertisements

Sejurus mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada Sabtu, beliau telah ke MITI untuk memulakan tugas dan mempengerusikan mesyuarat bersama para pegawai kanan kementerian walaupun pada hujung minggu.

Sementara itu di Abu Dhabi, Tengku Zafrul menyaksikan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas menandatangani perjanjian bersama Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) petang semalam.

Perjanjian itu bagi membolehkan Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd bersama-sama ADNOC meneroka dan menilai kawasan pengeluaran minyak daratan di Al Dhafra seluas 2,000 kilometer persegi.

Beliau berkata, pemeterian perjanjian tersebut menunjukkan keupayaan bersaing syarikat-syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia juga mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia-UAE dan meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua buah negara.

“Harapan saya adalah untuk melihat lebih banyak syarikat Malaysia berjaya di persada antarabangsa dan membuktikan lagi kebolehan Malaysia sebagai pesaing kelas pertama dalam kalangan pemain-pemain industri dunia, Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

SEBUAH pertubuhan hak asasi menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi manusia kerana langkah tersebut sejajar dengan piawaian...

Lagi Artikel Berkaitan