26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ebit Lew ziarah bapa kanak-kanak dibaham buaya

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berkenaan dilaksanakan, namun dihentikan pada hari ketiga pencarian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew menziarahi bapa kanak-kanak yang dibaham buaya dalam kejadian berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, 1 Disember lalu itu, kanak-kanak itu hilang dipercayai dibaham buaya, manakala, bapanya berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan semasa cuba menyelamatkan anaknya.

Menurut Ebit Lew, dia yang sedang berada di Jakarta, Indonesia terus ke Sabah bagi menziarahi lelaki berkenaan.

“Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur dua tahun. Teringat-ingat. Berulang abang tu cakap anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik.

“Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti.

“Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ebit Lew turut berharap agar lelaki tersebut bersabar dengan ujian kehilangan anak di hadapan mata itu.

“Sabar ya abang. Berat ujian abang. Insya Allah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.

Advertisements

“Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, bapa mangsa yang sedang mendayung sampan cuba menyelamatkan anaknya yang diserang buaya namun, gagal berbuat demikian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid dilaporkan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat kesan gigitan buaya.

Mangsa yang dikenali sebagai Morehat yang mengalami cedera parah kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berkenaan dilaksanakan, namun dihentikan pada hari ketiga pencarian.

Operasi SAR bagaimanapun akan diteruskan semula sekiranya menemui petunjuk baharu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan