29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PN ada prinsip, tak terima bantuan sumber haram – Muhyiddin

PN tidak mungkin menerima duit daripada syarikat perjudian ketika beberapa negeri terutamanya di bawah pimpinan Pas yang mengharamkan judi termasuk Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) tidak menerima laba daripada syarikat judi untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada dana gabungan itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu adalah fitnah semata-mata serta merupakan satu tuduhan berat yang bertentangan sama sekali dengan prinsip dipegang PN.

“Apa buktinya? Kami ada prinsip dan kalau pun kita nak terima bantuan, kita tak akan terima daripada sumber-sumber yang haram.

“Jadi saya tak tahu macam mana Perdana Menteri boleh buat tohmahan dan tuduhan yang berat sebegitu hanya kerana kami menang, ada banyak bendera atau kita gerakkan jentera dengan begitu berkesan dan berjaya kalahkan mereka sampai UMNO tiada kerusi langsung di beberapa negeri, itu tak bermakna kita mempunyai peruntukan besar,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas ceramah Grand Finale PN Padang Serai di Taman Selasih, Kulim, Kedah, malam tadi.

Terdahulu dalam ceramahnya Muhyiddin berkata, PN tidak mungkin menerima duit daripada syarikat perjudian ketika beberapa negeri terutamanya di bawah pimpinan Pas yang mengharamkan judi termasuk Terengganu, Kelantan dan Kedah

“Dah sana sini kami haramkan judi, kemudian kami nak ambil duit judi kerana kami dah ‘sengkek’ dan tak ada duit? Wallahi kami tak lakukan perkara haram begitu. Kami takkan terima walau satu sen pun duit haram daripada mana-mana pihak termasuk syarikat judi,” katanya.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, PN ketika ini menerima kenyataan bahawa gabungan tersebut akan bergerak sebagai pembangkang.

“Tetapi pada masa depan kita tak tahu apa akan berlaku. Bukan kita tetapi mungkin ahli Parlimen lain yang memikirkan mengenai masalah dihadapi Kabinet dan kerajaan sekarang.

“Mereka mungkin rasa tak selesa kerana saya dapat maklumat menyatakan ahli Parlimen tertentu merasa janggal. Apakah mereka akan buat keputusan tertentu? Wallahualam dan buat masa ini, kami akan hadapi realiti semasa,” katanya. 

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan