25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

3 kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bengkel membaiki kenderaan hampir musnah setelah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Matahari AA U5/AA Seksyen U5, Shah Alam pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 5.34 pagi.

“Seramai 23 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi beberapa minit selepas itu.

Salah satu kenderaan yang berada di bengkel berkenaan turut dijilat api.

“Sejurus tiba, bomba dapati kebakaran melibatkan bangunan kedai tiga tingkat dan api marak di tingkat bawah bengkel yang berkeluasan 40×80 kaki persegi.

Advertisements

“Dalam kebakaran itu terdapat tiga buah kenderaan yang berada dalam bangunan.

“Kenderaan berkenaan turut dijilat api di mana sebuah kereta jenis Nisssan terbakar keseluruhan manakala dua lagi iaitu kenderaan jenis Volkswagen dan Mercedes Benz masing-masing hanya terbakar 30 hingga 50 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bangunan terbabit terbakar 50 peratus dan api berjaya dikawal pukul 6.09 pagi.

Katanya lagi, punca kejadian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan