24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Bomba nafi beri kebenaran sukarelawan sertai SAR

Ini selaras arahan ditetapkan iaitu hanya anggota dan agensi menyelamat terlatih dibenarkan berada di zon merah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menafikan dakwaan bahawa pihaknya membenarkan sukarelawan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dakwaan tersebut berdasarkan satu gambar tular menyatakan badan sukarelawan tersebut diberikan kebenaran mencari mangsa yang terperangkap di lokasi kejadian.

“Ini selaras arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) iaitu hanya anggota dan agensi menyelamat terlatih dibenarkan berada di zon merah.

“Antara agensi terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia(SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Pencarum LTAT dibenar buat dua jenis pengeluaran

Katanya, pelbagai aspek diambil kira untuk anggota terlibat iaitu keselamatan, kemahiran dan kecergasan.

“Selain itu faktor lain melibatkan keadaan semasa struktur tanah kawasan bencana dalam keadaan lembut dan hujan berkemungkinan berlaku.

“Faktor kemungkinan terjadinya runtuhan atau gelinciran tanah di lokasi kejadian turut diambil kira,” katanya.

Gambar yang tular mengaitkan penglibatan sukarelawan dalam operasi SAR di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm.

Menurutnya, kesemua keadaan ini memerlukan kepekaan dan latihan khusus serta kesediaan menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka.

“Kemahiran anggota diperlukan selain mempunyai kecergasan fizikal yang baik untuk menjalankan operasi,”katanya.

Terdahulu, tular gambar sekumpulan sukarelawan mendakwa dibenarkan melakukan operasi SAR di kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting. – Edisi 9

Baca juga:   PM arah misi menyelamat dijalankan secara rapi, sistematik

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan