PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini akibat minor strok.
Beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 6 petang tadi akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.
“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.
Norazam terlibat secara langsung dalam mengetuai pasukan bomba sejak hari pertama operasi SAR sejak Jumaat lalu.
Sehingga kini, operasi gagal menemukan sebarang mangsa yang hilang menjadikan mangsa maut kekal 24 orang daripada keseluruhan mangsa terlibat 94 orang.
-EDISI9