30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

3 bot ditahan bersama 6 warga asing, miliki bubu naga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan tiga bot fiber di perairan Sekinchan, awal petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim, V. Siva Kumar berkata, ketiga-tiga bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran ditahan antara jam 1.00 hingga 1.45 petang semalam oleh Bot Penggalang 01.

“Bertindak atas maklumat awam dan juga risikan, bot pertama ditahan di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Sekinchan pada jam 1 petang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiga warga Myanmar tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot berserta 60 set bubu naga dipercayai digunakan untuk aktiviti menangkap ikan.

“Bot kedua pula ditahan kira-kira pada jam 1.20 petang dan hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh tiga warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan terdapat 70 set bubu naga di atas bot.

Baca juga:   PRU15 : UMNO kekal namakan Ismail Sabri calon PM

“Penahanan ketiga dibuat pada jam kira-kira 1.45 petang di kedudukan 1.8 batu nautika barat daya Sekinchan terhadap sebuah bot fiber.

“Daripada pemeriksaan mendapati, terdapat lima set bubu naga dan tiga awak-awak dipercayai terjun ke laut sebelum sempat meloloskan diri.

“Sehubungan dengan itu, kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 55 tahun ditahan manakala ketiga-tiga bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor,” katanya di sini.

Baca juga:   Remaja hilang ditemui selamat, 'diculik' kerana cinta

Beliau berkata, ketiga-tiga kes tersebut disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana mengunakan bot tanpa lesen Jabatan Perikanan Malaysia.

“Suspek juga didapati menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan mengajikan pekerja asing yang tidak memiliki pasport serta dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga boleh mengancam pertumbuhan habitat marin yang berpotensi menyebabkan kepupusan spesies ikan dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.

Sebarang aduan atau maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan