28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Polis tahan suami pengasuh, cubaan cabul kanak-kanak 2 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes cabul membabitkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam kejadian yang berlaku Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan polis di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang tadi.

“Ini susulan laporan polis yang diterima dari seorang doktor Hospital Putrajaya pada Selasa lalu di Balai Polis Dengkil berhubung kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Wan Kamarul Azran berkata, polis sudahpun mengambil keterangan ibu mangsa yang mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya.

“Kanak-kanak itu kemudiannya mendedahkan dia dicabul suami pengasuh.

“Mangsa turut mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu.

Advertisements

“Siasatan awal mendapati, suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, Wan Kamarul Azran berkata, suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes akan di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

Bagaimanapun, beliau berkata, doktor tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

“Namun doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, tetapi tiada koyakan,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video di laman sosial memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul seorang lelaki ketika berada di taska.

Isu itu kemudian di dedahkan usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad yang turut mengesahkan insiden itu membabitkan anak seorang ejen produknya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan