24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

11 barangan akan diwartakan sempena Krismas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti 11 jenis barangan yang akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena perayaan Krismas tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, SHMMP akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 hingga 27 Disember iaitu dua hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan disambut.

Menurut beliau, 11 jenis barangan yang akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 adalah ayam tua hidup (dikawal di Sarawak), kepak ayam (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), daging kambing biri-biri import bertulang dan tomato.

“Turut akan diwartakan adalah lada benggala hijau, kubis bulat import (China dan Indonesia), lobak merah dan kentang import (China),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Salahuddin lagi, bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 ini pihaknya juga akan mewartakan babi hidup (dikawal di peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging serta lemak babi yang dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga di mana pengguna dapat menikmati harga berpatutan dan peniaga tidak tertekan dengan tempoh pelaksanaan yang terlalu lama.

Advertisements

“Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), serta agensi dan data-data harga barangan yang diperolehi oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), KPDN,” katanya.

Jelas Salahuddin lagi, SHMMP Krismas 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat di semua peringkat.

“Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk skim ini di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit boleh dibuat melalui laman web KPDN di pautan https://www.kpdnhep.gov.my/.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN juga telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan bagi membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, KPDN berkata, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti denda, kompaun ataupun penjara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan