29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-25 ditemui malam tadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali menemui mangsa ke-25 malam tadi membabitkan mayat seorang kanak-kanak perempuan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan setakat jam 11.20 malam tadi lapan lagi mangsa masih belum ditemui.

“Maklumat dikemaskini setakat jam 11.20 malam, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

“Seramai 61 orang dalam keadaan selamat dan cedera. Manakala 25 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (lelaki), tiga kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan empat dewasa (lelaki).

“Pencarian masih berjalan atas pencarian lapan mangsa yang tidak ditemui lagi,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Menurut JBPM Selangor, pasukan SAR berjaya menemui mangsa yang ke 25 itu di sektor C kawasan pencarian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Sementara itu operasi SAR ditangguhkan pada 12 tengah malam tadi dan bersambung semula jam 8 pagi ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan