34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wajah ‘segar’, tak tinggal calon berpengalaman – Ahmad Zahid

BN meletakkan tiga keutamaan bagi pemilihan calon gabungan itu untuk bertanding pada PRU15 iaitu kesetiaan, tetap berkhidmat dan muafakat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) menampilkan calon lebih segar tanpa mengenepikan calon berpengalaman untuk untuk menggalas amanah parti berkenaan pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi PRU15 ini, lebih 85 peratus calon BN yang ditampilkan ialah mereka yang mempunyai kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran.

Malah menurut beliau yang turut bertanding sekali lagi di Parlimen Bagan Datuk, Perak, mereka yang diketengahkan sebagai calon membabitkan gandingan muka baharu dan yang berpengalaman selain mempunyai rekod berbakti kepada rakyat.

“Calon-calon yang diketengahkan mempunyai rekod berbakti kepada rakyat dan ada kesegaran idea serta sudut pandang lebih bugar dalam kestabilan dan kemakmuran negara.

“Dengan demografi pengundi yang semakin remaja di mana 51.4 peratus daripada kira-kira 21 juta pengundi terdiri daripada mereka berusia 18 hingga 40 tahun ia memperlihatkan tanggungjawab BN dalam meletakkan gandingan yang membimbing dan dibimbing.

“Ia adalah bagi menentukan Ahli Parlimen yang akan dipilih nanti adalah merupakan gandingan yang tentunya didambakan keserasian supaya kerajaan bakal kita bentuk boleh menghidangkan segala janji yang akan ditunaikan atas nama BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan calon BN bagi kerusi Parlimen untuk PRU15 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada majlis berkenaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO akan mempertahankan Parlimen Bera; penceramah bebas Datuk Mohammad Kazim Elias bertanding kerusi Parlimen Larut; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dinamakan calon di Parlimen Rembau; Presiden MCA Wee Ka Siong akan pertahan kerusi Parlimen Ayer Hitam dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dinamakan calon di Parlimen Kota Tinggi.

Ujar Ahmad Zahid lagi, BN meletakkan tiga keutamaan bagi pemilihan calon gabungan itu untuk bertanding pada PRU15 iaitu kesetiaan, tetap berkhidmat dan muafakat.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan