32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

BN belum putuskan calon di enam kerusi Parlimen

Ia dijangka diputuskan esok atau selewat-lewatnya sehari sebelum penamaan calon Sabtu ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) malam ini belum memutuskan calonnya yang akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Kerusi-kerusi tersebut termasuk Parlimen Tanjong Karang, Jempol, Kuala Pilah, Bandar Tun Razak, Tumpat serta Kuala Nerus.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengumumkan senarai calon BN yang bertanding di kerusi itu pada Majlis Pengumuman Calon di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam tadi.

Kerusi berkenaan masih diteliti memandangkan calon awal yang diputuskan pucuk pimpinan BN dan UMNO mendapat bantahan beberapa pihak termasuk akar umbi.

Ini termasuk tindakan drastik bakal menutup operasi pusat daerah mengundi (PDM) dan tidak akan mengundi calon BN yang bukanlah pilihan akar umbi.

Kerusi Tanjung Karang, misalnya, nama Tan Sri Noh Omar digugurkan dan digantikan dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Habibah Yusof.

Bagi Kuala Nerus pula, beberapa media mendakwa BN bercadang untuk meletakkan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sumber berkata, nama-nama bagi baki kerusi yang belum diumum dijangka diputuskan esok atau selewat-lewatnya sehari sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan