24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PN bertanding 169 kerusi Parlimen, Muhyiddin kekal di Pagoh

Selain itu, PN turut mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi parlimen dan 116 kerusi DUN di Perak, Perlis dan Pahang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pahang dan Perlis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan calon-calon mewakili gabungan parti itu berkata, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi Parlimen manakala Pas 64 kerusi, Gerakan 20 manakala Kumpulan Bersekutu sebanyak 11 kerusi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, semua negeri akan menggunakan logo PN kecuali di Kelantan dan Terengganu menggunakan logo Pas.

“Semua rundingan kerusi kami selesai. Tidak ada pergaduhan atau pertengkaran,” kata Muhyiddin.

Advertisements

Dalam pada itu, hampir semua nama besar pemimpin PN akan mempertahankan kerusi yang disandang pada PRU-14 lalu.

Imi termasuk Muhyiddin sendiri yang akan mempertahabkan kerusi Pagoh.

Bagaimanapun, Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Dr Radzi Jidin beralih angin ke Parlimen Sepang dan Putrajaya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan