31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tok Mat sah di Rembau, Khairy ke Sungai Buloh

Empat menteri Kabinet dan tiga timbalan menteri digugurkan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sah bertanding di Parlimen Rembau manakala penyandangnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diletakkan Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mohamad sebelum ini bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sejak 2004 dan memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sehingga 2018.

Sementara itu, empat menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digugurkan sebagai calon PRU-15.

Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membuat penampilan semula dinamakan sebagai calon di Kota Tinggi menggantikan Halimah.

BN mempertaruhkan muka baharu di Parlimen Arau iaitu Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman manakala Ketereh oleh Ketua Puteri Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Asyraf Wajdi Dusuki akan bertanding di Gerik manakala Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz diletakkan di Kuala Selangor. – Sumber: FB Asyraf Wajdi

Bagi Parlimen Tenggara, BN turut mempertaruhkan muka baharu iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu, Mandzri Nasib.

Pengumuman calon BN itu dibuat oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini.

Sementara itu, selain empat timbalan menteri juga digugurkan dalam PRU kali ini.

Mereka ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran).

Turut digugurkan ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin. Beliau sebelum ini mengumumkan untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini.

Juga tidak dinamakan semula ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Tempat Zahidi digantikan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan manakala kerusi Parlimen Maran diwakili Exco Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman dipertaruhkan di kerusi Parlimen itu manakala Jasin pula diwakili Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Roslan Ahmad.

BN memilih tema ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ bagi PRU-15 baik dari segi politik dan ekonomi.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan