32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 21, 2024

Isteri didakwa pukul kepala suami guna telefon

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah pangsapuri di Taman Saujana Puri, Bukit Katil, pada 6 September lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas pertuduhan memukul kepala suaminya menggunakan telefon bimbit sehingga cedera, September lalu.

Tertuduh, Noor Nazira Che Ghani, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap suaminya, Ezwan Elias, 27, dengan memukul kepala mangsa menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah pangsapuri di Taman Saujana Puri, Bukit Katil, pada 6 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu turut dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 beserta syarat tambahan iaitu penjamin adalah dalam kalangan ahli keluarga tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan dia tidak bekerja dan dalam proses penceraian, selain mempunyai dua orang anak masing-masing berusia lima tahun serta setahun lima bulan yang perlu dijaga.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah mengekal jumlah jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan tarikh 6 Disember depan bagi sebutan semula kes.

-EDISI9

Terkini

GTR Burger hargai petugas media, lancar menu ‘Sliders’

TANPA bantuan rakan-rakan media, GTR Burger tidak mungkin berkembang pantas dan dapat menembusi pasaran dalam masa yang singkat. Itu ungkapan...

Lagi Artikel Berkaitan