32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

PRU15 : Majikan swasta digesa beri kebenaran pekerja buang undi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada para pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi selaras dengan peruntukan dibawah sub seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, para majikan hendaklah berbincang dengan pihak pekerja berkenaan dengan opsyen untuk pemberian “time-off”, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Para majikan boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi “time-off” kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

“Bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Saravanan berkata, majikan adalah tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi.

“Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan dibawah sub seksyen 25 (1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada 19 November 2022, manakala undi pos bagi mereka yang layak ditetapkan pada 15 November 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan