Saturday, June 13, 2026

Proses tender, kontrak KASA ditangguhkan sebaik kerajaan bubar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA proses perolehan atau rundingan dengan pihak kontraktor telahpun ditangguhkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebaik sahaja kerajaan dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

KASA menerusi kenyataan berkata, ia sekaligus menolak dakwaan kenyataan yang tular berkaitan ‘Kerajaan Caretaker’ membuat anugerah tender yang bertarikh semalam.

“Tindakan itu juga selaras dengan Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2022 pada 11 Oktober lalu dan Surat Pekeliling Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 18 Oktober 2022.

“Iaitu berkaitan dengan ‘Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker’ serta Garis Panduan Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker yang diluluskan Jemaah Menteri pada 7 Oktober lalu antara lain menetapkan, sebarang komitmen kontraktual atau aku janji (undertaking) hendaklah dielakkan.

“Ia termasuklah apa-apa rundingan atau aku janji baharu yang boleh mengikat dan membebankan serta memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan baharu,”katanya.

Tambah KASA, sepanjang berada di bawah Kerajaan Caretaker, pihaknya menangguhkan segala proses perolehan berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir secara Off-Budget (2023 – 2030).

“Termasuklah berkaitan pengeluaran Surat Niat (Letter Of Intent – LOI), Surat Pelawaan, Surat Setuju Terima (SST) dan sebarang bentuk rundingan dengan pihak kontraktor atau perunding termasuk Kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat.

“KASA sentiasa cakna dan patuh kepada peraturan yang berkaitan dalam tempoh Kerajaan Caretaker ini. Justeru itu, kenyataan berkenaan tidak berbangkit sama sekali dan hanya bersifat persepsi sahaja,”katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa KASA kini dalam dalam proses untuk menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada syarikat dimiliki individu dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO.- Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan