24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

12 sungai berada pada paras bahaya sehingga 8 malam tadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARAS air 12 sungai di negara ini telah mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesemua sungai tersebut melibatkan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Kelantan melalui bacaan sehingga pukul 8 malam tadi.

Menurut beliau, 10 sungai berada di Pahang manakala masing-masing sebatang sungai di Selangor dan Kelantan.

“Di Pahang, Sungai Pahang di Paya Gintung, Sungai Pahang di Kuala Krau, Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu), Sungai Pahang di Water Front Bera, Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Sungai Jengka di Jambatan Kampung Awah, Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi.

“Manakala di Selangor ialah Sungai Langat di Bukit Changgang dan di Kelantan, Sungai Golok di Rantau Panjang,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Advertisements

Tuan Ibrahim berkata, lima batang sungai di Pahang menunjukkan trend menaik pada paras bahaya, antaranya Sungai Pahang di Water Front Bera dan Sungai Pahang di Lubuk Paku.

Manakala, dua batang sungai lagi menunjukkan trend mendaftar dan tiga lagi trend menurun walaupun masih pada tahap bahaya.

Beliau berkata, di Selangor pula, trend mendaftar dicatatkan manakala di Kelantan menunjukkan trend menurun walau pun masih lagi pada paras bahaya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan